Friday 20 November 2015

Team

Apabila berpersatuan, satu istilah akan timbul dikalangan ahli-ahli iaitu teamwork. Ya. Teamwork. Bekerja sebagai satu pasukan. Apabila kita bekerja didalam satu pasukan, perkara yang paling penting ialah kepercayaan. Kepercayaan untuk menjalankan tugas bersama-sama. Apabila wujud perasaan skeptikal, was-was terhadap rakan sepasukanz akan timbul rass tidak puas hati, iri hati, menyampah dan pebagai perasaan negatif. Perkara ini akan menjadikan sesebuah pasukan lemah dan tidak mampu bergerak dengan baik.

Kepercayaan boleh wujud melalui sikap hormat-menghormati. Walaupun ada perbezaan dari segi umur, ia tidak seharusnya dijadikan penghalang bagi membentuk satu pasukan yang mantap. Tidak kiralah bagaimana sekalipun latar belakang dan kisah silam rakan pasukan anda, sepatutnya ia tidak menghalang anda mempercayai dan memberi komitmen dalam pasukan. Anasir-anasir luar sentiasa mempunyai agenda tersendiri bagi menjatuhkan pasukan anda, apa yang penting "never judge before ask". Anda tidak boleh terus menghukum rakan sepasukan dengan hanya mendengar sebarang spekulasi, gosip dari pihak luar.

Setiap dari kita pernah melakukan kesilapan. Namun, kita tiada hak untuk menghukum orang lain atas kesilapannya dahulu. Apa yang sepatutnya lakukan adalah dengan memberi sokongan dan bantuan agar rakan sepasukan kita mampu berdiri kembali dan menjadi kuat. Sebagai rakan sepasukan, kita sepatutnya saling menyokong dan berpegang teguh antara satu sama lain.

Monday 26 October 2015

Move on

Selalu bila kita dgr ayat move on ni. Tapi, apa benar kita faham maksud move on? Apa ciri-ciri move on?

Bagi aku, seseorang bila dah move on, dia sudah tak peduli pasal orang tu. Bila disebut nama dia kita dah tak kisah. Umpama mendengar kisah orang yang kita kenal tak kenal.

Selain itu, tanda orang move on bila dia dah tak mengelak jumpa orang tu. Dia releks saja bila terserempak, ternampak. Level ni memang susah nak capai sebab perlukan kekuatan dalaman.

Aku selalu dengar ayat "aku dah move on la weh". Tapi hakikatnya dia tak move on pun. Apa pula tanda-tanda orang tak move ni?

Pertama, bila dia selalu termenung. Aku pun tak faham kenapa kau nak termenung ea? Lepas tu air mata mengalir. Aduh. Stress kot dengan orang macam ni. Kita bagi nasihat umpama mencurah air kedaun keladi. Memang tak lut.

Lepas tu, meroyan. Ini lagi best. Kau boleh tengok melalui status media sosial dia. Ayat seperti konon-konon move on tapi sebenarnya dia mengharap orang itu baca status dia. Lepas tu, dalam hati dia harap yang orang itu kembali pada dia. Aduhhh...come on la. Pening dowh.

Aku pasti, orang perempuan adalah yang paling susah nak move on. Bohong cakap tak. Hati perempuan sangat tisu. Boleh terkoyak tanpa disedari. Sebab itu, lelaki kalau nak bercinta, fikir dulu sebelum mengorak langkah. Sekali perempuan dah bagi hati dia, selamanya dia milik kau. Jadi, jangan mata tu gatal sangat tengok perempuan. Lepas tu ajak bercinta. Aduhhhh.....lepas kau bosan, kau tinggalkan dia. Memang confirm dia meroyan.

Tapi sebenarnya lelaki kalau tak move on memang lagi bahaya. Dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan balik kekasihnya. Hatta membunuh sekalipun. Lelaki yang putus cinta, bila hatinya remuk, memang sangat susah nak dikesan. Dia lebih banyak diamkan diri. Simpan seorang. Ini lagi bahaya. Umpama bom jangka. Bila-bila saja boleh meletup. Aku pernah jumpa seorang lelaki yang sangat kecewa bila dia dapat tahu kekasihnya kahwin dengan lelaki lain selepas dia tamat belajar di luar negara. Sampai sekarang dia tak kahwin lagi dan umur dia sudah menjangkau 60 tahun. Boleh tak bayangkan lebih 30 tahun dia tak move on lagi. Lagi sedih kalau putus tunang. Boleh jadi kes bunuh diri.

Banyak perbezaan lelaki dan perempuan yang tak move on ni. Orang perempuan lebih suka bercerita dan ini boleh melepaskan perasaan sedih, kecewa. Tapi lelaki, dia lebih suka pendam dan ini lagi berbahaya.

Kes bunuh diri juga banyak berlaku akibat dari putus cinta. Betapa seriusnya putus cinta ini apabila hati melebihi akal. Nafsu melebihi iman. Tali gantung jadi penyelesaian. Memang hati sangat kecewa, tapi bukan bunuh diri jadi penyelesaian. Sebetulnya, akal patut jadi rasional. Sekiranya akal yang diguna semasa bercinta dulu, jadi bila putus cinta, akal jugalah menjadi penyelamat. Tapi sekiranya nafsu diguna, nafsu jugalah yang merosak segalanya.

Pokok pangkal hati. Iman jadi perisai. Akal jadi panduan. Nafsu mesti dilawan. Itu yang penting.

Aku sendiri dah lama move on.

Saturday 5 September 2015

Dahsyat

Dahsyat merupakan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Mojo. Kumpulan ini pernah memenangi Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 29 melalui lagu Romancinta bersama dengan Caliph Busker.

Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan. Nak cerita tentang lagu Dahsyat ni. Lagu ni memang boleh buat orang mengalirkan air mata. Masakan tidak, hanya dengan menonton klip videonya sahaja sudah bertakung air mata ni. Sangat menyentuh perasaan.

Mula-mula masa pertama kali dengar lagu ini, aku anggap ia hanyalah lagu cinta biasa yang sering diputarkan di corong-corong radio. Namun, ia sebenarnya punya maksud tersirat dan indah sekali untuk dihayati.

Apabila Mojo perkenalkan klip video lagu ini dan aku tontonya di laman You Tube, aku terdiam. Nyata meleset jangakaan aku. "Sungguh dahsyatnya cintaku kepada kamu". Bait-bait lirik indah ini dikhususkan untuk seseorang. Dedikasi lagu ini untuk seorang yang bergelar IBU. Nyata ia telah meruntun perasaan bukan hanya aku namun sekalian yang telah menonton klip video tersebut. Memang dahsyat lagu itu.

Lagu tersebut mengenai luahan rasa seorang anak terhadap ibunya. Bagaimana perasaannya apabila ibunya telah tiada. Disulami pula dengan klip video yang sangat menarik. Seorang ibu yang setia menanti anaknya untuk menyambut hari lahirnya setiap tahun. Sang anak, sangat menyayangi ibunya. Maka setiap hela nafas, gerak pasti tersisip bayangan kasih ibunya. Sangat indah.

Walaupun Edry Abdul Halim pernah cakap lagu ini bersifat universal, aku tetap yakin yang lagu ini akan sering diputar menjelang Hari Ibu setiap tahun.

Memanvmg Dahsyat

Kemunculan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Nukilan pertama ini tiadalah apa yabg ingin dikhabarkan. Hanya mahu menyelinap sedikit dalam dunia ini. Berkongsi rasa resah, gelisah, perasaan, gerak hati.

Mungkin jua apa yang dilihat, difikir bakal menjadi  subjek didalam ruangan ini.

Nota Sebatang Pen