Friday, 20 November 2015

Team

Apabila berpersatuan, satu istilah akan timbul dikalangan ahli-ahli iaitu teamwork. Ya. Teamwork. Bekerja sebagai satu pasukan. Apabila kita bekerja didalam satu pasukan, perkara yang paling penting ialah kepercayaan. Kepercayaan untuk menjalankan tugas bersama-sama. Apabila wujud perasaan skeptikal, was-was terhadap rakan sepasukanz akan timbul rass tidak puas hati, iri hati, menyampah dan pebagai perasaan negatif. Perkara ini akan menjadikan sesebuah pasukan lemah dan tidak mampu bergerak dengan baik.

Kepercayaan boleh wujud melalui sikap hormat-menghormati. Walaupun ada perbezaan dari segi umur, ia tidak seharusnya dijadikan penghalang bagi membentuk satu pasukan yang mantap. Tidak kiralah bagaimana sekalipun latar belakang dan kisah silam rakan pasukan anda, sepatutnya ia tidak menghalang anda mempercayai dan memberi komitmen dalam pasukan. Anasir-anasir luar sentiasa mempunyai agenda tersendiri bagi menjatuhkan pasukan anda, apa yang penting "never judge before ask". Anda tidak boleh terus menghukum rakan sepasukan dengan hanya mendengar sebarang spekulasi, gosip dari pihak luar.

Setiap dari kita pernah melakukan kesilapan. Namun, kita tiada hak untuk menghukum orang lain atas kesilapannya dahulu. Apa yang sepatutnya lakukan adalah dengan memberi sokongan dan bantuan agar rakan sepasukan kita mampu berdiri kembali dan menjadi kuat. Sebagai rakan sepasukan, kita sepatutnya saling menyokong dan berpegang teguh antara satu sama lain.